GST: Pembangkang mungkin ambil pendekatan sama

2017-12-06 1

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yakin pembangkang juga akan mengambil pendekatan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) seandainya mereka menjadi kerajaan. Reaksi itu diberikannya susulan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah bahawa PKR akan mengkaji semula GST jika menang dalam pilihanraya umum akan datang.