Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam Taufan Melor yang melanda wilayah Samar dan Bicol, Filipina tempoh hari.
Bagaimanapun, warganegara Malaysia yang berada di Filipina dinasihatkan supaya berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Filipina bagi memudahkan urusan.