35 pelajar dari Perak yang terperangkap di Yaman sudah tiba di tanah air dan kembali ke pangkuan keluarga pada Isnin. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, setakat ini semua pelajar dari negeri Perak sudah dibawa pulang.