Rapid Rail Sdn Bhd mengumumkan operasi baharu dua tren monorel berkapasiti empat gerabak yang akan mula beroperasi esok. Gerabak yang lebih selesa serta mempunyai ciri-ciri keselamatan yang diperhebatkan itu akan memberikan wajah baru kepada sistem pengangkutan aliran ringan di Kuala Lumpur.