Ini pula nasib mangsa banjir di Terengganu. Kira-kira 80 peniaga di bangunan Jertih Souq terpaksa menanggung kerugian selepas sebahagian barangan mereka dihanyutkan arus banjir. Tinjauan Astro Awani mendapati kawasan parkir tingkat bawah bangunan itu ditenggelami air kira-kira kosong perpuluhan empat meter.