Tiada kenaikan tarif air di Kedah

2017-12-06 1

Syarikat Air Darulaman (SADA) memberi jaminan tiada kenaikan tarif air di Kedah seperti yang digembar gemburkan. Namun, Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Azmi Din berkata, segelintir pengguna di negeri itu dikenakan cas pelarasan deposit air mengikut peraturan akta industri perkhidmatan air 2006.