Keperluan laksana sistem pengesanan masa nyata pesawat

2017-12-06 0

Malaysia akan mengemukakan cadangan berhubung keperluan melaksanakan sistem pengesanan masa nyata pesawat dan berkongsi maklumat berhubung risiko penerbangan. Syor akan dikemukan kepada majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, ICAO yang akan bermesyuarat di kanada minggu depan. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan, pasca tragedi MH370 dan MH17, tidak syak lagi masyarakat antarabangsa wajar bekerjasama rapat selain mengambil langkah lebih baik untuk meningkatkan keselamatan penerbangan awam.