Media sosial terutamanya Twitter dan Facebook menjadi platform pengguna berkongsi maklumat dan situasi terkini banjir di pantai timur terutamanya Kelantan. Sebahagian kawasan di Gua Musang dan Kuala Krai dikatakan terputus perkhidmatan telekomunikasi mudah alih buat masa ini. Manakala lebih banyak kawasan akan turut terjejas sekiranya hujan lebat berterusan.