PDRM tunggu laporan Australia berkaitan lelaki Iran

2017-12-06 0

Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu laporan pihak berkuasa Australia sama ada suspek pengganas yang mati ditembak dalam insiden tebusan di Sydney pernah menetap di Malaysia. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata laporan itu penting terutama bagi mengesan butiran peribadi lelaki terbabit.