Penolong penyelia syarikat balak mengaku tidak bersalah

2017-12-06 9

Seorang penolong penyelia syarikat balak, Lee Hock Liang 63 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi suapan RM10,000 kepada pegawai SPRM.

Lee dituduh memberikan suapan tersebut kepada Penolong Penguasa Kanan SPRM Sarawak pada 25 April 2014 bagi memindahkan sejumlah balak tanpa dokumen pengisytiharan yang sah dari Jabatan Perhutanan Sarawak.