Ancaman Rumpai Miang Mexico semakin merebak ke seluruh Negara. Perak antara negeri terbaru dikesan kewujudan rumpai berbahaya itu. Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Zabidi Dun berkata, dalam tempoh tujuh hari lalu sahaja, tiga hektar kawasan baru dikesan mempunyai rumpai miang.