Selepas merakam lebih 90 peratus imej pemandangan di semenanjung Malaysia meliputi lebuhraya, jalan negeri, pusat bandar dan kawasan kejiranan, Google menerusi Street View kini menumpukan usaha mengambil imej baru di kawasan persisiran pantai semenanjung. Google dengan kerjasama Malaysia Nature Society (MNS) kini dalam proses merakam imej-imej di sepanjang 2 ribu kilometer pesisir pantai.