Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video
Kanak-kanak tanpa mengira kaum dan latar belakang mempunyai hak sama rata untuk pendidikan. Namun bagi anak pelarian Rohingya, status mereka menyebabkan mereka sering kali ketinggalan dari segi pendidikan. Menyedari masalah itu, Yayasan Al-Bukhary telah menubuhkan pusat pembelajaran asas yang dikenali Pusat Pendidikan Rohingya (REC) di Indera Mahkota Kuantan Pahang bagi membolehkan anak pelarian etnik itu mendapat pendidikan sewajarnya.