Jumlah tabungan SSPN-i meningkat

2017-12-06 0

Ibu bapa dan penjaga semakin cenderung menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dan ini sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Menteri Pendidikan Dua Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sehingga februari lalu, SSPN-i merekodkan deposit mencecah RM1.6 bilion menerusi pembukaan 2.2 juta akaun.