Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akuan peribadi Datuk Seri Najib Razak, datang daripada negara "bersaudara" di timur tengah yang mahu parti tertentu menang dalam pilihan raya umum yang lalu.
Mengulas Malaysia akan dipengaruhi kuasa luar kerana menerima derma itu, Mohamed Nazri berkata ia diberikan kepada Malaysia oleh negara sahabat iaitu negara yang tidak sekuat mana berbanding Malaysia