Inisiatif dikenali sebagai '30 per cent club' kini sedang dikaji dalam usaha memastikan matlamat meningkatkan bilangan wanita di peringkat pembuat keputusan boleh dicapai.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata inisiatif sama yang dilaksanakan di beberapa negara antaranya United Kingdom itu dilihat berjaya menonjolkan wanita berkebolehan bagi mengisi jawatan tinggi di sesebuah organisasi.