Khazanah Nasional Bhd berhak melantik Christoph R. Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi menerajui Malaysia Airlines (MAS). Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata ia kerana Khazanah bertanggungjawab menyuntik pelaburan 6 bilion bagi memulihkan syarikat penerbangan nasional itu.