Bahagian keselamatan dan kualiti makanan, Kementerian Kesihatan bakal ditransformasikan menjadi pihak berkuasa keselamatan makanan, iaitu sebuah badan bebas dan berautonomi. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya memaklumkan, transformasi itu akan memudahkan badan tersebut menjalin kerjasama melibatkan keselamatan dan kualiti makanan dengan badan lain yang setara dengannya di seluruh dunia.