Kerajaan komited pastikan GST tidak bebankan rakyat

2017-12-06 0

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak membebankan rakyat biarpun menerima pelbagai kritikan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata semua pihak harus sedar bahawa objektif utama pelaksanaan GST ialah untuk mengukuhkan punca kewangan negara.