Mahkamah Persekutuan merupakan peringkat terakhir dalam sistem kehakiman negara. Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan dalam temubual bersama Buletin Awani menyeru semua pihak menerima apa sahaja keputusan yang diumumkan berlandaskan kedaulatan undang-undang.