Pembinaan LPT2 bukan punca banjir besar di Terengganu

2017-12-06 3

Kerajaan Negeri Terengganu menolak dakwaan bahawa pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) menjadi punca utama kepada banjir besar yang melanda negeri tersebut tahun lepas.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Rosli Othman, pembinaan lebuhraya tersebut telah mengambil kira beberapa faktor termasuk taburan hujan.