Kastam Diraja Malaysia berjaya mengesan sindiket dadah antarabangsa mengubah modus operandi menyeludup bahan larangan itu ke negara ini. Antara taktik baru itu ialah menggunakan lapangan terbang kecil bagi mengelak kawalan dan pemeriksaan ketat pihak berkuasa. Kelicikan sindiket itu bagaimanapun terbongkar dengan rampasan 5.3 kilogram dadah bernilai lebih satu juta ringgit, baru-baru ini dan berjaya menahan seorang warganegara China.