Guru tusyen didakwa rangsang kanak-kanak

2017-12-06 3

Seorang guru tuisyen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Balik Pulau atas tiga pertuduhan merangsang tiga kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun untuk melakukan kelucahan melampau dengannya.

Tertuduh, Mohd Amin Nur Izwan Jamaluddin, 21 tahun, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.