Sindiket pelacuran kini semakin mencemarkan perniagaan pusat kesihatan apabila melakukan aktiviti tidak bermoral kepada pelanggan-pelanggan. Polis Kuala Lumpur malam tadi menahan 26 warga asing dipercayai terlibat aktiviti pelacuran dalam operasi di tiga pusat rawatan refleksologi dan urutan badan di Jalan Klang Lama di ibu Negara.