Peniaga diminta supaya menjalankan urus niaga secara telus dan bertanggungjawab apabila cukai barang dan perkhidmatan, GST dilaksanakan mulai esok. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata, tiada sebab bagi peniaga untuk mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang sesuka hati dan mengaut keuntungan kerana mereka boleh menuntut cukai input daripada kerajaan.