Bomba sedang menyiasat punca kebakaran yang memusnahkan kira-kira 260 rumah di kampung Bangau-Bangau ,Semporna, awal pagi tadi. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah dalam satu kenyataan berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian kini dalam siasatan.