Syarikat MNC dikecualikan penalti GST sehingga 2 tahun

2017-12-06 0

Syarikat Multinasional MNC yang mungkin melakukan kesilapan semasa melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan, GST akan diberikan tempoh penyesuaian. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata audit yang bakal dilakukan selepas GST dikuatkuasa pada 1 April nanti adalah audit nasihat dan sebarang penalti dikecualikan sehingga dua tahun.