624 kes pelanggaran skim kawalan harga dicatat

2017-12-06 0

Sebanyak 624 kes pelanggaran harga barang direkodkan pada Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Aidilfitri tahun ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek memaklumkan daripada jumlah itu 488 kes perlanggaran harga barang dengan kompaun berjumlah RM53,250 dicatat mengikut Skim Kawalan Harga sempena Tahun Baru Cina.