Seorang pegawai kerajaan bersama pasangannya ditahan reman lima hari mulai hari ini oleh Mahkamah Majistret Ipoh bersabit kes meminta suapan RM10 ribu. Wanita terbabit bersama suaminya, 45 tahun, dan seorang lelaki lain, 48 tahun, diperintah ditahan reman lima hari mulai hari ini sehingga 9 Februari oleh Majistret Suhaima Mohd Nor.