Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video
Syarikat minyak dan gas Malaysia mesti menimbang untuk meneroka peluang penggabungan bagi meningkatkan daya saing dan meletakkan industri itu dalam kedudukan baik apabila pasaran minyak global pulih. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, kini terdapat banyak peluang untuk penggabungan.