Jepun sedia ringankan beban mangsa banjir

2017-12-06 0

Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Kerajaan Jepun bersedia menghulurkan apa jua bentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat Kelantan selepas banjir besar yang melanda penghujung disember lepas. Menurut Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa, kerajaan Jepun dan rakyatnya melahirkan simpati yang mendalam atas bencana banjir besar yang menyebabkan lebih 100 ribu rakyat terjejas di mana hampir 2 ribu kehilangan rumah.