Bentang hudud di parlimen hak kerajaan Kelantan

2017-12-06 4

Kerajaan Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk membentangkan ke parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu. Justeru sama ada mahu meneruskan hasrat berkenaan atau sebaliknya ia terletak kepada keputusan kerajaan negeri Kelantan.