Lorong tikus seludup pandatang tanpa izin Rohingya

2017-12-06 2

Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Kegiatan pemerdagangan manusia dan menyeludup migran dari Bangladesh serta Rohingya menerusi sempadan Malaysia-Thailand sudah lama wujud menerusi lorong-lorong tikus. Itu pengalaman dikongsi seorang pendatang etnik Rohingya, Ismail Ayob, 32 kepada Astro AWANI di Alor Setar, Kedah. Dia dibawa memasuki Malaysia pada 2006, oleh sindiket menerusi lorong tikus di sempadan utara semenanjung dengan tawaran pekerjaan dan gaji yang lumayan.