Pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin, di Taman Siakap didapati cuba dibakar awal pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supt Baharom Abu, memaklumkan, terdapat kesan terbakar di hadapan pintu masuk dan dinding pusat itu.