Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, AKPK memaklumkan rakyat Malaysia yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 45 tahun dengan tangga gaji sekitar 4 ribu kebawah menghadapi masalah pengurusan kewangan mereka dan gagal merancang pegaliran kewangan mereka setiap bulan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Azaddin Ngah Tasir ini berdasarkan jumlah kedatangan individu untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan pengurusan kredit yang bertambah setiap bulan yang mana ianya terdiri dari lingkungan usia bekenaan.