Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai along dan merampas wang tunai berjumlah RM545.599 dalam serbuan di rumahnya di Teluk Kumbar, Pulau Pinang, Khamis lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, hasil pemeriksaan, polis menemui 51 keping cek bernilai hampir RM1 juta, 51 helai slip pengeluaran wang daripada pelbagai bank, 96 keping kad pinjaman pelbagai bank, dan 10 buku akaun simpanan pelbagai bank.