Parti Progresif Penduduk Malaysia atau PPP, menyokong penuh keputusan kekal akta hasutan. Sokongan itu, berdasarkan keyakinan akta itu ternyata mampu mengekalkan kestabilan masyarakat majmuk di negara ini. Presiden PPP, Tan Sri Dr M Kayveas berkata demikian ketika Perhimpunan Agung PPP 61 di Pusat Dagangan Dunia Putra.