Salah seorang bapa penumpang penerbangan MH370 masih tidak berputus harap anaknya akan pulang ke pangkuan keluarga menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Jee Teik Min, 76 tahun, bapa kepada Jee Jing Hang, 42 tahun, berkata dia kurang berpuas hati kerana pengumuman mengenai status MH370 yang dilakukan dalam tempoh kurang sebulan menjelangnya perayaan itu.