Universiti DRB-Hicom pelengkap industri automotif

2017-12-06 0

Hari ini genap 40 tahun, Datuk Seri Najib Razak menjadi wakil rakyat di Pekan. Menariknya hari ini, Najib meluangkan masa turun padang dan hadir pada acara perasmian Universiti Automotif DRB-Hicom Malaysia, DHU yang menjadi pusat pengajian tinggi yang pertama seumpamanya di ASEAN yang mengkhususkan pengajian didalam bidang automotif. Selain menjadi mercu-tanda pengajian tinggi, Perdana Menteri, berkata, kerajaan turut berbangga dengan komitmen kumpulan DRB-Hicom yang membelanjakan RM350 juta untuk membangunkan universiti itu.