Jamu Susuk Dara bantu golongan suri rumah menjana pendapatan

2017-12-06 3

Selain menyediakan produk kecantikan, Jamu Susuk Dara (JSD) terus membela golongan suri rumah melalui program online bagi menjana pendapatan tambahan melalui platform media sosial.

Pengasas JSD, Datuk Sri Hanni Borhan, berkata program itu memberi latihan kemahiran kepada suri rumah dalam bidang media sosial melalui aktiviti ekonomi yang dilakukan di rumah.