SME Bank mensasar untuk menawarkan pembiayaan RM3 bilion kepada Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) tahun ini bagi memupuk pembangunan mereka.
Pengarah urusan kumpulan itu, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, setakat Mei lalu, bank itu telah mengeluarkan pinjaman RM1.2 bilion kepada PKS untuk membantu pertumbuhan perniagaan mereka.