Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru umat Islam negara ini supaya sentiasa meningkatkan amalan kebaikan dan memperkukuh ukhuwah antara satu sama lain sempena bulan Ramadan ini. Menurutnya, Ramadan membawa cabaran kepada semua umat Islam untuk 'berperang' dengan anasir-anasir yang boleh meruntuhkan kekuatan hati sehingga akhirnya memberi kesan kepada pembentukan ummah sejati.