Kerajaan menggesa rakyat agar tidak terikut-ikut dengan maklumat yang tidak tepat berkenaan cukai barangan dan perkhidmatan, GST yang akan dilaksanakan pada April tahun hadapan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan KPDNKK telah mengeluarkan senarai barangan keperluan harian yang tidak dikenakan cukai berkenaan bagi menghapus kegusaran yang disuarakan penduduk luar bandar.