Jumlah kematian akibat demam denggi terus meningkat dengan 95 kes dicatatkan sejak Januari hingga 18 Mac berbanding 50 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 30 ribu 33 jumlah kumulatif atau terkumpul kes demam denggi direkodkan di seluruh negara bagi tempoh itu.