Tiada keperluan untuk menambat ringgit kepada Dolar Amerika Syarikat buat masa ini biarpun matawang itu terus merekodkan penyusutan.
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menegaskan sekiranya tambatan ringgit dilaksana, ia akan mengakibatkan pengubahsuaian kepada faktor ekonomi lain.