Gerakan Kesederhanaan Global, GMM akan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi mengekang penglibatan anak muda dalam gerakan ekstrim melibatkan kumpulan militan Negara Islam, IS.
Ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pasukan itu akan turut disertai beberapa badan bukan kerajaan, NGO yang berpengalaman dalam memberikan idea berkesan bagi menangani isu berkenaan.