Gangguan bekalan air di kawasan Klang dan Shah Alam pada khamis adalah kerana berlaku kebocoran paip keluli lembut di Bukit Cerakah, Shah Alam. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, SYABAS dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya sehingga kini masih menjalankan kerja-kerja membaiki paip terbabit.