Pelaburan asing dan tempatan dalam sektor pembuatan menunjukkan prestasi yang baik dalam tempoh 7 bulan pertama tahun ini.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, dari Januari hingga Julai tahun ini sejumlah RM53.1 bilion nilai pelaburan asing dan tempatan direkodkan MIDA.