Siap sedia untuk pilihanraya kecil DUN Chempaka

2017-12-06 0

Polis meminta supaya semua pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri Cempaka keluar mengundi esok tanpa rasa bimbang kerana aspek keselamatan dan kelancaran lalu lintas sudah dipastikan polis. Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, 1,020 anggota polis dari pelbagai unit akan bertugas bagi memastikan kelancaran hari pengundian, pada Ahad.