Pembinaan semula semua rumah mangsa banjir yang rosak sepenuhnya akibat bencana itu akan diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata, pembinaan rumah yang rosak sebahagian pula akan dilakukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar bersama pihak CIDB Malaysia.